artofmedicine

Asas Penubuhan PKPMI

Persatuan ini berdasarkan pada pendidikan, persahabatan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk meningkatkan mutu pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan berteraskan pada nilai-nilai Islam dan Ideologi Kebangsaan Malaysia (Rukun Negara).

Tujuan penubuhan PKPMI

1.       Menyatupadukan seluruh pelajar Malaysia di Indonesia, memupuk semangat kebangsaan dan rasa tanggungjawab berdasarkan Rukun Negara.

2.       Menjaga kepentingan dan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dalam segala perundingan dan perhubungan dengan pihak-pihak berkenaan.

3.       Menjalankan kegiatan sosial dan ilmiah yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan peraturan-peraturan Indonesia serta setempat.

4.       Berusaha mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan pelajar-pelajar dan masyarakat Indonesia serta pelajar-pelajar asing lain di Indonesia.

5.       Meningkatkan dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia.

6.       Berkerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia  khususnya dengan Bahagian Pendidikan (Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia) dalam segala hal Terutama yang menuju tercapainya tujuan-tujuan di atas.